Saturday, 8 March 2014

MH370

BismilahhirRahmanniRahim
 
Assalamulaikum..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali

Tanggal 08.Mac.2014 satu penebangan Malaysia Airline (MAS) MH370 Dari Kuala Lumpur ke Beijing telah terputus hubungan dengan subang kawalan trafik udara pada 2.40 a.m .
Sepatutnya pesawat ini akan mendarat pada 6.30 a.m di Beijing.
Pesawat tersebut membawa seramai 227 termasuk 2 orang bayi dan 12 orang anak kapal.
Allahhu Akbar..

Pesawat MH370 hilang, tidak tahu sama ada mereka terhempas ? Meletop? atau ??? . Subhanallah,, hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam facebook,blog dan  media sosial sedang hangat mengatakan mereka sudah terhempas, tetapi belum ada keputusan yang tepat.

Kita sebagai hambaNYA teruskan berdoa agar mereka disemalatkan. Doa senjata orang islam. Jika benar pesawat tersebut terhempas kita sebagai hambaNYA wajib redo dengan kehedakNYA kerana yang hidup pasti akan mati, mungkin itu keadaan mereka disaat malikat izrael datang dan itu yang diperentahkan oleh ALLAH. kita tidak tahu keadaan apa disaat kita dipanggil pulang padaNYA. Sama ada dalam keadaan baik atau sebaliknya.. 
Subhanallah..Allahhu Akbar..

Hati ini menjadi sayu,sepi,rapuh dan bermacam-macam perasaan yang sedang dimainkan dalam hati saat ini. Walaupun didalam pesawat tersebut tiada di kalangan keluarga, sahabat atau pun kenalan , tapi hati ini terus begitu.

Pengalaman saya menaiki pesawat Air Asia pada tahun lalu sedik sebanyak buat saya rasa cemas dan dapat membayangkan bagaimana keadaan mereka didalam pesawat tersebuat . Allahhu Akbar!!. 

Pengalaman saya,  disaat pesawat yang saya naiki berlangaran dengan awan yang tebal , saat itu tiada lagi kata-kata yang sia-sia, hanya dua-kalimah syahadah yang sentiasa membasahi bibir..
Bagaimana pula perasaan mereka saat itu?? berada diketinggian beribu-ribu kaki dan terhempas..Allahhu Akbar air mata mencurah-curah bagikan saya berada disaat kecemasan itu. Pelbagai-bagi perasaan saat ini.. hanya ALLAH yang tahu bagimana..

Maaf jari-jari ini tidak bermaya untuk meneruskan penceritaan ini.. Semoga Allah terus memberikan rahmat dan selamatkan mereka.. Aminn 


 Terus berdoa untuk mereka.

Pesawat Air Asia yang saya naiki.

Subhanallah,, cantik padangan disaat berada di atas.




No comments:

Post a Comment