Friday, 17 May 2013

Sale BoutiQue Chermin

BismilahhirRahmanniRahim

Assalamulaikum.

Hai semua, terima kasih kerana sudi singgah ke Blog Owner Boutique Chermin :)
Terima kasih kepada anda yang telah
 menggunakan koleksi dari kami.

Tinggal 53 Hari lagi kita akan menyambut 
Bulan yang penuh Rahmat Oleh itu
Pada hari ini 18. Mei 2013 sehingga 31 Mei 2013 kami akan membuka tempahan untuk 
HARI RAYA AIDILFITRI.

Dalam masa 13 Hari ini kami juga mengadakan berberape "DISCOUNT

Kami tawarkan dengan  harga yang berpatutan & mampu milik.

Harga yang disediakan adalah termasuk Pos.
Kami juga menerima tempahan menjahit .

Apa lagi jom buat tempahan dengan 3 cara :

1. Pm kami di BoutiQue Chermin
2. WhatsApp kami di 013-6380520
3. Email kami di boutiquechermin@gmail.com

Hanya 50 yang terawal sahaja yang akan mendapat Discount tersebut
SO

Selamat Ber"shopping"





Minnie Peplum

Material baju & Kain  : Cotton
Warna :Baby Blue, Blue, Pink, Red, Oren, Black, White, Yellow, Peach, krim
Harga Normal :  RM 170.00
Harga Offer : RM 150.00






Jubah Moden

Material baju & Kain  : Cotton
Warna : Baby Blue, Blue, Pink, Red, Oren, Black, White, Yellow, Peach, krim
Harga Normal :  RM 140.00
Harga Offer : RM 126.00






Marmite Dress

Material baju & Kain  : Cotton
Warna : Baby Blue, Blue, Pink, Red, Oren, Black, White, Yellow, Peach, krim
Harga Normal :  RM 195.00
Harga Offer : RM 175.00





Baju Kurung Moden (B)

Material baju : Cotton
Material kain : Cotton
Warna : Baby Blue, Blue, Pink, Red, Oren, Black, White, Yellow, Peach, krim
Harga Normal :  RM 155.00
Harga Offer : RM 120.00




 


Baju Kurung Moden

Material baju : Chiffon
Material kain : Haevy Silk
Warna : Baby Blue, Blue, Pink, Red, Grey, Black, White, Yellow.
Harga Normal :  RM 180.00
Harga Offer : RM 150.00




Waves Dress

Material baju : Lycra (G.A)
Warna : Blue, Pink, Grey, Black, Oren.
Harga Normal :  RM 160.00
Harga Offer : RM 140.00



Fishtail peplum 

Material baju & Kain  : Cotton English
Warna : Grey + Pink 
Harga Normal :  RM 166.00
Harga Offer : RM 140.00



Roses peplum 

Material baju & Kain  : Haevy Silk
Warna : Blue, Pink, Red, Grey, Black, White, Krim .
Harga Normal :  RM 195.00
Harga Offer : RM 170.00



Jubah Moden

Material baju & Kain  : Haevy Silk
Warna : Red, Grey, Black 
Harga Normal :  RM 150.00
Harga Offer : RM 130.00





Drop Diamond peplum
Material baju kain  : Chiffon
Warna : Blue, Pink, Red, Grey, Black, White, Yellow.
Harga Normal :  RM 200.00
Harga Offer : RM 180.00



SAIZ anda semua Boleh lah rujuk pada Measurement ne ..



Sekian Terima Kasih :)




































Thursday, 16 May 2013

Ikatan Yang Direstui

BismilahhirRahmanniRahim

Assalamulaikum. 
Sekarang musim orang mendirikan rumah tangga, bertunang, merisik kan... wahh bestnya:) Bilalah giliran ema pula?? Berangan seketika ......
Hahehahaehahahe..

Congratulations
kepada my bff  Noorainum Mokhtar kerana telah pun bertunang pada 20 April 2013 bersama pasangannya Erol..!! Tunang xmo lama-lama tau sahbat ku... :) Jangan lupe nak jadi pengapit ain..!! haha nak ambil berkat sikt :)

      
Malu-malu time sarung cincin...:)Semoga sayang ku ain mampu tempuhi alam pertunangan dengan bahagia aminn...

Congratulations
kepada kakak tercinta ema Nurul Hamizah Binti Mohd Kafli kerana dia pun telah  bertunang pada 07 April 2013 bersama pasangannya Epul..:)
Semoga pertunangan ne membawa seribu rahmat pada k.nurul dan Epul..


Menanti Sms katanya.."Mana Abang ne?? "


Hantaran 5 Dulang dibalas 6 Bakul.. 
Pihak lelaki hantaran warna merah &  yang unggu kelabu tu dari pihak gurlz.




Ha ini dia baju pertunangan yang sangat cantik sentuhan dari Boutique Chermin.. boley oder...:)


Mini pelamin?? xnampak kan pelaminnya but ema nak juga panggil mini pelamin.. Mini pelamin yang Simple but nice :)


Ha saat ni mesti mengigilkan..hahaha,, suke sakat dia time ne  :)


"Cium tangan mak cepat".. hamboi menantu yang sopan...:p Alhamdulilah..


Alhamdulialh semuanya dah selesai, walaupun majils pertunangan ni hanya diadakan secara tertutp tapi sangat meriah. Semoga k.nurul dan epul menjadi seorang yang kuat, tabah, bersemangat kumpul duit nak kawin dah kan..:p
Majlis pada hari tu bukan hanya majlis pertunangan sahaja malah kluarga buat Majlis untuk umi dan ayah yang menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 25Tahun. Alhamduliah umi dan abi semoga anda menjadi suami dan istry yang saling mencintai satu sama lain hingga ke syurga,...aminn


Macam pengantin baru lah pulak..Love u umi n abi.


Terpacar kegembiraan kami sekeluarga.







Thursday, 9 May 2013

Approved



BismilahhirRahmanniRahim

Assalamulaikum.
Cuti sekolah dan nak bermula..Yahooo (macam budak sekolah pulak dah).
Alhamdulilah bersyukur kepada ALLAH yang tak terhingga sebab bagi emma Boss (majikan) yang terbaik :). 
Cuti ku telah diluluskan selama 6 hari. Bermula dari 30.Mei 2013 sehingga 4. Jun 2013
Wahwahwah.. lama cuti nak pergi mana yup..?? In sha ALLAH nak rehatkan mindah, nak rehat kan badan ne bersama-sama orang yang paling ku sayang tak laen tak bukan kalau bukan Family sapa lagi :)
Kepada Ayah dan umi sila lah buat keputusan nak bercuti dimana??
Bercuti dimana-mana pun tak kesah janji kita satu family happy :)

Dan pada sahabat saya Nur Afiqah jangan lupe date kita :)



Tuesday, 7 May 2013

Panas Ooo


BismilahhirRahmanniRahim

Assalamulaikum

Hai semua,, urm dah lama rasanya tak pergi Yong Peng . Hari ini kebetulan ikut Penyelia  pergi tengok site at Yong Peng.. Wahh Cuaca at Yong Peng sangat panas wo.. apa-apa pun sangat seronok dapat jumpe orang-orang at site,terasa bebas dan lapang sikt kepala ne..hihihi i like this job :)

kawasan yang dilawati  ada 60% dah siap hahahaha..


ini lah kasut g kerja, kasut g site, kasut g jalan-jalan, kasut g date, kasut g pasar

Sunday, 5 May 2013

05 Mei 2013



BismilahhirRahmanniRahim

Assalamulaikum
PRU13,, Sangat-sangat menakutkan hati ne..
Buat pertama kali mengundi. Teruja sangat nak pergi mengundi.
Sampai sikit-sikit menyanyi "jom kita mengundi, jom kita mengundi..." seronok nk memangkah calon yang bertanding. Pergi mengundi adalah Tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih Pemimpin Negara. Siapa yang tak keluar mengundi sangat-sangat lah rugi lagi-lagi bangsa Melayu.

Seawal jam 9.06 a.m Ema, umi & ayah dah kuar rumah.. wah hati ne berbunga-bunga, teruja, xsabar nak mengundi.. dalam 10 minit sampai lah di pusat mengundi. Ema, umi & ayah mengundi dipusat yang sama iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Seri Pelangi Gunung Soga, Batu Pahat Johor. 

Sampai-sampai aje... wah ramai orang sangat meriah. Masuk sahaja di kawasan sekolah ada tempat untuk menyemak nama dan saluran mana tempat kita mengundi. Sebelum ne ema dah tengok saluran mana yang ema kena pergi tapi saja aje nak semak lagi.. ema kena saluran 7 di tingkat 3 biase lah orang mude kena lah naik tingkat tinggi-tinggi :) , saluran 7 merupakan saluran anak muda yang baru pertama kali nak mengundi. 
Umi & ayah disaluran 3, untuk warga emas dalam lingkungan 40-50 Tahun kot. 
Sangat seronok sebab beratur, jumpe kawan-kawan sekolah lama, ada yang bawa anak, bawa suami..wahh seronok sangat.. 
Bila jumpa kawan-kawan yang bukan sebaya ada yang saje menyakat " emma dah cukup umur ke nak mengundi ne?? " hamboii tengok ic lah.. halahalahh..


Cuaca panas..kena beratur panjang aduhh .. tapi tak apa lah,  demi tanggungjawab tak kesahlah berape lama, berape panjang, berape pansanya cuaca akan ku setia beratur.. hahahaha.. 

Akhirnya setelah 58 minit beratur sampai lah ema dimuka pintu bilik untuk masuk. Sebelum masuk dalam bilik tu hati ne berdebar-debar macam nak masuk ke dalam dewan "Final Exam".. huhuhu dah lama tak rasa bedebar macam ni.. hihih
Bile dah masuk tunjukan Ic dan bagi tahu No siri pastu orang SPR tu pun baca nama ema kuat-kuat... " Nurul Hazimah Binti Mohd Kafli 900823-01-**** wahh serius macam dalam Dewan Peperiksaan.. lepas tu pergi kesebelahnya tunjukan tangan depan dan belakang, kemudian dia calit dakwat kekal wah makin teruja dibuatnya . kemudian ke sebelahnya lagi untuk ambil kertas undi . Setiap orang dapat dua helai satu untuk Parlimen dan satu lagi untuk Dun. lepas tu pergi ke kotak kecik untuk memangkahkan Calon yang kita tahu dia layak memimpin kita.. Dengan Lafas BismilahhirRahmanniRahim ema pun memangkahkan Calon tersebut. lepas dah siap memangkah ape lagi lipat dan masukkan kedalam tabung Undi.. 

Alhamdulilah selamat pun mengundi.. wahh sangat seronok..
Penglaman pertama yang tak bisa ku lupakan..

Apa-apa pun kita doakan lah agar Negara ni aman, bersatu padu diberkati oleh ALLAH.. In Sha ALLAH..


* muka teruja bila pertama kali layak mengundi.. saya sudah :)

* Jari jemari yang montel-montel lagi cute.. hahhaa jari ku sudah berwarna biru maka dah tak boley beratur lagi :)