BismilahhirRahmanniRahim
Assalamulaikum
PRU13,, Sangat-sangat menakutkan hati ne..
Buat pertama kali mengundi. Teruja sangat nak pergi mengundi.
Sampai sikit-sikit menyanyi "jom kita mengundi, jom kita mengundi..." seronok nk memangkah calon yang bertanding. Pergi mengundi adalah Tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih Pemimpin Negara. Siapa yang tak keluar mengundi sangat-sangat lah rugi lagi-lagi bangsa Melayu.
Seawal jam 9.06 a.m Ema, umi & ayah dah kuar rumah.. wah hati ne berbunga-bunga, teruja, xsabar nak mengundi.. dalam 10 minit sampai lah di pusat mengundi. Ema, umi & ayah mengundi dipusat yang sama iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Seri Pelangi Gunung Soga, Batu Pahat Johor.
Sampai-sampai aje... wah ramai orang sangat meriah. Masuk sahaja di kawasan sekolah ada tempat untuk menyemak nama dan saluran mana tempat kita mengundi. Sebelum ne ema dah tengok saluran mana yang ema kena pergi tapi saja aje nak semak lagi.. ema kena saluran 7 di tingkat 3 biase lah orang mude kena lah naik tingkat tinggi-tinggi :) , saluran 7 merupakan saluran anak muda yang baru pertama kali nak mengundi.
Umi & ayah disaluran 3, untuk warga emas dalam lingkungan 40-50 Tahun kot.
Sangat seronok sebab beratur, jumpe kawan-kawan sekolah lama, ada yang bawa anak, bawa suami..wahh seronok sangat..
Bila jumpa kawan-kawan yang bukan sebaya ada yang saje menyakat " emma dah cukup umur ke nak mengundi ne?? " hamboii tengok ic lah.. halahalahh..
Cuaca panas..kena beratur panjang aduhh .. tapi tak apa lah, demi tanggungjawab tak kesahlah berape lama, berape panjang, berape pansanya cuaca akan ku setia beratur.. hahahaha..
Akhirnya setelah 58 minit beratur sampai lah ema dimuka pintu bilik untuk masuk. Sebelum masuk dalam bilik tu hati ne berdebar-debar macam nak masuk ke dalam dewan "Final Exam".. huhuhu dah lama tak rasa bedebar macam ni.. hihih
Bile dah masuk tunjukan Ic dan bagi tahu No siri pastu orang SPR tu pun baca nama ema kuat-kuat... " Nurul Hazimah Binti Mohd Kafli 900823-01-**** wahh serius macam dalam Dewan Peperiksaan.. lepas tu pergi kesebelahnya tunjukan tangan depan dan belakang, kemudian dia calit dakwat kekal wah makin teruja dibuatnya . kemudian ke sebelahnya lagi untuk ambil kertas undi . Setiap orang dapat dua helai satu untuk Parlimen dan satu lagi untuk Dun. lepas tu pergi ke kotak kecik untuk memangkahkan Calon yang kita tahu dia layak memimpin kita.. Dengan Lafas BismilahhirRahmanniRahim ema pun memangkahkan Calon tersebut. lepas dah siap memangkah ape lagi lipat dan masukkan kedalam tabung Undi..
Alhamdulilah selamat pun mengundi.. wahh sangat seronok..
Penglaman pertama yang tak bisa ku lupakan..
Apa-apa pun kita doakan lah agar Negara ni aman, bersatu padu diberkati oleh ALLAH.. In Sha ALLAH..
* muka teruja bila pertama kali layak mengundi.. saya sudah :)
* Jari jemari yang montel-montel lagi cute.. hahhaa jari ku sudah berwarna biru maka dah tak boley beratur lagi :)







.jpg)












